SETIAUSAHA Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Mohd Hatta Md Ramli menafikan khabar angin kononnya 6 ahli Parlimennya akan keluar parti dan menyertai parti Bersatu.
Memetik laporan media, Ahli Parlimen Lumut itu berkata khabar angin yang tersebar itu tidak boleh dipercayai sama sekali.
“Tak boleh percaya…’no such thing’…tak ada pun (keluar parti),” katanya.
Terdahulu, beberapa media melaporkan, 6 ahli Parlimen berkenaan akan menyertai PPBM dalam masa terdekat.
Kononnya keputusan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengelak krisis politik berulang.
Bagaimanapun, penyokong parti politik melihat khabar angin itu sebagai palsu kerana ia melibatkan pemimpin parti itu yang lantang mengkritik 'langkah Sheraton' oleh Muhyiddin dan beberapa bekas pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini.
Sementara itu, Naib Presiden Amanah, Dr Mujahid Yusof dalam satu laporan lain menegaskan berita tersebut sebagai tidak masuk akal.
Tegas tidak ada pemimpin Amanah yang berminat menyertai Bersatu, terutama ketika parti berkenaan menyaksikan ramai anggota dan pimpinannya meninggalkan mereka.
"Siapa nak masuk Bersatu? Hari ini orang pakat keluar berduyun-duyun.
"Saya yakin enam orang wakil rakyat ini tak kebuloq (teringin) nak masuk Bersatu," kata Mujahid.
BACA: Sidang tergempar PAS jadi 'gempar'
Bekas Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri itu turut berkata, Bersatu semakin ditolak rakyat dan tidak akan mampu bergerak lebih jauh susulan tindakan mereka mengkhianati mandat diberikan rakyat pada Pilihan raya Umum (PRU) lalu yang jelas menolak Umno.
0 Comments