Setengah dari kes baru babitkan kluster Tawar dan Sala



JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara melonjak hari ini apabila 16 kes baru dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada jumlah itu, 12 adalah penularan dalam negara dan bakinya adalah kes import.
"Kes baharu Covid-19 hari ini lapan kes daripada Kluster Tawar, manakala tiga lagi kes daripada Kluster Sala.

"Daripada lapan kes baharu daripada Kluster Tawar hari ini, empat kes dilaporkan di Kedah, manakala empat lagi di Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Difahamkan, baki satu kes Covid-19 hari ini dikesan di Joho, bagaimanapun setakat ini ia tidak dikaitkan mana-mana kluster.

Untuk kes import pula, tiga kes daripada Bangladesh dan satu kes daripada Filipinan. Kesemua pesakit menurut Dr Noor Hisham adalah membabitkan warga asing.

Dengan 16 kesbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak Covid-19 di negara ini ialah sebanyak 9,235 kes.

Sementara itu,  seramai 23 lagi pesakit telah pulih sepenuhnya hari ini, menjadikan jumlah kes pulih ialah 8,925 kes, iaitu 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

185 kes aktif setakat hari ini dengan tujuh daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kematian dilaporkan hari ini.

"Tujuh kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiga memerlukan bantuan pernafasan.

"Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, justeru jumlah kumulatif kes kematian dalam negara kekal sebanyak 125 kes, 1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Post a Comment

0 Comments