SETIAUSAHA Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memfailkan saman di Mahkamah Tinggi terhadap bekas Naib Presiden parti itu, Zuraida Kamarudin.
Difahamkan, saman tersebut difailkan susulan tindakan Zuraida menuduh Saifuddin terlibat dengan rasuah dan telah menjejaskan reputasinya.
Saifuddin merujuk kenyataan Zuraida berunsur fitnah pada majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 8 Disember tahun lalu.
Katanya, ia tuduhan itu merujuk kepadanya dan hubungannya dengan sebuah yayasan kebajikan di bawah pemerintahan Kelantan yang dikenali sebagai Tok Kenali.
Menurut beliau, dalam majlis berkenaan, Zuraida dipercayai telah bertanya kepada hadirin 'berapa juta dia dapat duit' ketika 'menyertai Tok Kenali'.
Kenyataan itu dimuat naik ke laman Facebook, 'Friends of Azmin Ali' dan kemudiannya dikongsi di laman Facebooknya sendiri.
“Perkataan-perkataan yang dipersoal telah disiar atau disiar semula oleh media arus perdana dan media sosial serta dilihat oleh orang awam,” katanya.
Saifuddin berkata, peguamnya sebelum ini juga telah menghantar notis tuntutan permohonan maaf daripada Zauraida tetapi beliau gagal memberi respons.
Berikutan itu, Saifuddin dalam samannya itu, beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk serta teladan daripada Zuraida selain perintah injunksi bagi menghalang beliau daripada membuat kenyataan fitnah berikutnya.
“Mahkamah diminta untuk membuat satu inferens bahawa perilaku Zuraida seperti yang diperihalkan adalah disengajakan untuk mendatangkan manfaat kepada diri atau kedudukan politiknya,” katanya.
Sebagai rekod, Zuraida merupakan penyokong kuat Bekas Timbalan Presiden itu, Mohammed Azmin Ali yang berpaling tadah.
0 Comments