PENYANDANG juara MotoGP dunia, Marc Marquez dilapor tidak akan beraksi di Grand Prix Republik Czech yang bakal berlangsung pada Ahad ini.
Menurut jurucakap pasukan Repsol Honda, keputusan itu dibuat selepas Marquez terpaksa menjalani satu lagi pembedahan di lengan kanan-nya yang cedera setelah terlibat kemalangan ketika menyertai perlumbaan pembuka tirai di Sepanyol pada 19 Julai lalu.
"Selepas menjalani pembedahan kedua di lengan kanan, Marc Marquez dan HRC membuat keputusan tidak berlumba di Republik Czech bagi membolehkan Marquez dapat pulih dengan lebih cepat," kata pasukan itu dalam satu kenyataan.
Ia merupakan perlumbaan kedua berturut-turut tidak disertai Marquez selepas perlumbaan di Litar Jerez, Sepanyol minggu lalu.
Pada perlumbaan itu yang dimenangi pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Marquez sebelumnya diisytiharkan cergas, hanya 48 jam selepas plat titanium ditanam dalam lengannya.
"Pembedahan pertama berjaya, apa yang tidak dijangkakan ialah plat itu tidak mencukupi," kata Dr Xavier Mir hari ini.
"Dia bagaimanapun tidak mengalami kesakitan dalam tempoh ini. Marquez selalu mematuhi nasihat perubatan dan kami kini perlu menunggu 48 jam untuk memahami tempoh penyembuhan," katanya dipetik.
Difahamkan, pelumba ujian dari Jerman, Stefan Bradl yang mempunyai 95 karier permulaan dalam kelas perdana bakal menggantikan tempat Marquez pada perlumbaan di Republik Czech.

0 Comments