AHLI Majlis Syura Ulamak PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali dilapor akan dipanggil ke Bukit Aman hari ini berhubung kes pelanggaran perintah kuarantin wajib yang dilapor media baru-baru ini.
Memetik laporan Malaysiakini, perkara itu disahkan Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid.
Bagaimanapun menurut portal itu, tiada maklumat terperinci berhubung waktu Khairuddin akan menemui pegawai penyiasat kes tersebut.
Khairuddin yang merupakan menteri kabinet dibawah pentadbiran Muhyiddin Yassin didakwa tidak mematuhi perintah kuarantin selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.
Pelanggaran perintah kuarantin itu didedahkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Parlimen.
Teresa turut mendedahkan, sepanjang tempoh kuarantin 14 hari yang sepatutnya dipatuhi itu, Khairuddin telah hadir ke Dewan Rakyat selain terlibat dalam mesyuarat dan beberapa program.
Setakat kini Turki mencatatkan kes melebihi 250,000 kes dengan lebih 6,000 kematian.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini mengesahkan Khairuddin dikompaun maksimum sebanyak RM1,000 kerana tidak melakukan kuarantin kendiri selepas pulang dari luar negara.
Bagaimanapun kenyataan tersebut tidak meredakan kemarahan orang ramai kerana dianggap mengelirukan jika dilihat kepada garis masa kenyataan awal dibuat KKM, penjelasan dibuat Khairuddin serta tarikh dia dikenakan kompaun.
Sekurang-kurangnya 27 laporan polis telah dibuat terhadap Khairuddin, malah warganet mewujudkan petisyen bagi menggesa Khairuddin meletak jawatan sebagai menteri dengan setakat ini mencecah hampir 50,000 tandatangan.
BACA: Langgar kuarantin berdosa- Mufti

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kepada media, tiada pegawai tertinggi agensi itu tahu mengenai pelanggaran perintah tersebut sehingga ia didedahkan.
Susulan itu jelasnya, siasatan dalaman telah dijalankan dan hasil siasatan telah diserahkan kepada polis.

Sebagai rekod, Kerajaan mewajibkan semua individu dari luar negara menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari, yang merupakan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.
Setakat ini tidak ada kenyataan jelas daripada menteri terbabit mengenai lawatan berkenaan, sama ada atas kapasiti rasmi atau peribadi.

0 Comments