KEMUDAHAN merawat pesakit Covid-19 di Lubnan dilapor telah mencapai tahap kemuncaknya.
Kementerian Kesihatan negara itu mengeluarkan amaran bahawa jumlah katil di unit rawatan api dan alat bantuan pernafasan kini mencapai kapasiti penggunaan maksimum.
Menterinya, Hamad Hassan dalam satu kenyataan berkata, hospital kerajaan dan swasta khususnya di ibu negara berdepan kesukaran untuk merawat pesakit Covid-19 susulan pertambahan pasakit yang tercedera akibat letupan Beirut baru-baru ini.
"Kita berada dalam keadaan membimbangkan dan tidak boleh membuang masa.
"Di Beirut, unit rawatan rapi dan jabatan yang mengendalikan kes Covid-19 di hospital kerajaan sudah penuh.
"Di kebanyakan hospital swasta yang menerima pesakit Covid-19, jumlah katil sedia ada juga kini dipenuhi pesakit virus berkenaan," katanya.
Beliau turut memberi amaran kepada pihak berkuasa untuk mengambil keputusan sukar dengan melaksanakan sekatan pergerakan selama dua minggu bagi mengekang penularan wabak.
Sebagai rekod, Lubnan mencatatkan peningkatan kes jangkitan dan kematian berkaitan Covid-19 dalam beberapa minggu ini, dengan rekod baharu selepas insiden letupan 4 Ogos lalu.
Difahamkan sekurang-kurangnya tiga hospital utama dan separuh daripada jumlah
klinik di ibu negara Lubnan tidak berfungsi – akibat rosak teruk dalam
letupan baru-baru ini.
0 Comments