Hafizh Shayrin selamat dalam kemalangan ngeri.


PELUMBA sensasi negara, Hafizh Syahrin terlibat dalam kemalangan ngeri ketika perlumbaan Grand Prix Austria.

Melalui siaran langsung perlumbaan di Litar Red Bull Ring pada Ahad, penunggang mewakili pasukan Aspar itu dilihat merempuh jentera pendahulu kejuaraan bagi kelas Moto2 Enea Bastinni.

Sebelumnya Bastinni yang menunggang untuk pasukan Italtrans Racing dilihat gagal mengawal jentera dan terjatuh ketika mengambil selekoh.

Hafizh yang berada di kedudukan tengah perlumbaan mengekori rapat pelumba lain pada kelajuan tinggi, tidak dapat mengelak jentera bastinni yang berada di tengah litar.

Susulan rempuhan tersebut menyebabkan kedua-dua motosikal mengalami kerosakan teruk. Hafizh dilihat terpelanting sebelum terhempas keras  di atas litar.

Pelumba Edgar Pons dari pasukan Federal Oil Gresini dan Andi Farid Izdihar dari pasukan Idemitsu Honda Team Asia yang cuba mengelak insiden itu turut terbabas.

Hafizh okay


Terdahulu, peminat lumba motosikal tidak menyedari kemalangan tersebut membabitkan Hafizh, perkara itu diakui sendiri jurucakap pasukan Aspar, Jorge Martinez.

“Pada awalnya kami tidak tahu adakah itu Hafizh. Ketika kami melihat bahawa pelumba itu adalah Hafizh, kami sangat takut kerana mereka tidak menunjukkan gambar (perkembangan lanjut) di televisyen.

Bagaimanapun, peminat lumba motosikal kemudiannya menarik nafaz lega apabila dimaklumkan Hafizh berada dalam keadaan selamat selepas perlumbaan itu.

“Saya bersamanya di pusat rawatan litar dan perkara pertama yang diberitahu oleh doktor kepada saya ialah dia sedar dan (kemalangan itu) tidak memberi kesan teruk di bahagian kepalanya.

“Semua imbasan yang dilakukan juga menunjukkan Hafizh tidak mengalami sebarang pendarahan dalaman dan tiada tulang yang patah atau seumpamanya,” jelas Martinez menerusi satu kenyataan.

Isteri pelumba Moto2 negara, Noor Suzana Abdul Manaf malam tadi turut berkongsikan rakaman video pendek di akaun Instagram Story, yang memaparkan pelumba negara itu menunjukkan isyarat bagus ketika terlantar di atas katil hospital.

Hafizh berada dalam keadaan baik
“Alhamdulillah, Hafizh okay. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Hafizh,” kata Suzana dalam video tersebut.

Sementara itu, Bastianini meluahkan rasa kesal atas kejadian yang berlaku pada perlumbaan tersebut.

Melalui satu kenyataan di Twitter rasminya, pelumba Itali itu mendoakan kesejahteraan Hafizh Syahrin.

“Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku. Saya doakan Syahrin kembali pulih. Sukar untuk saya mengungkap dengan kata-kata," tulisnya.

Pada kejadian semalam, Bastinni dilihat berlari kearah Hafizh selepas pelumba berusia 26 tahun itu terbabit kemalangan dengan jenteranya.

Susulan kejadian itu, bendera merah dikibarkan dan perlumbaan dihentikan sebelum kemudian disambung semula dengan  13 pusingan .

Post a Comment

0 Comments