BEKAS Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah berada dalam keadaan sihat, kata Jefridin Atan, pegawai khas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi malam tadi.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas tersebar desas-desus melalui media sosial whatsapp yang mendakwa kesihatan Abdullah merosot.
Pihaknya turut menzahirkan rasa amat kesal dengan penularan berita palsu itu dan berharap masyarakat dapat memastikan kesahihan laporan sedemikian daripada pihak yang berautoriti sebelum menyebarkannya.
Abdullah Badawi, 81, adalah Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009. Sejak meletak jawatan pada 2009, beliau kurang mendapat perhatian media.
0 Comments