ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) SABAH akan menggerakkan anggotanya bagi membantu rakan kerjasama politik Pakatan Harapan (HARAPAN) di Sabah.
Ketuanya, Raymond Ahuar berkata, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Shafie wajar dikekalkan sebagai Ketua Menteri Sabah dan pihaknya akan memberi sokongan penuh agar Shafie dapat dikekalkan sebagai Ketua Menteri supaya usaha menuntut hak Sabah dapat diteruskan.
"AMK Sabah mengerahkan seluruh jentera pilihan raya bagi membantu calon Pakatan Harapan (HARAPAN), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dalam mendepani Perikatan Nasional (PN) pada PRN yang bakal diadakan pada bila-bila masa," katanya Raymond melalui satu kenyataan.
Raymond berkata, AMK Sabah yakin ketokohan dan kerjasama antara Mohd Shafie dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu mengangkat agenda Sabah.
"Beliau (Mohd Shafie) seorang pemimpin yang sangat lantang bersuara terutama berkaitan negeri Sabah termasuk dalam usaha menuntut semula supaya hak negeri Sabah dikembalikan.
"Sudah pasti gabungan antara Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah dan Anwar akan memudahkan usaha pengembalian hak Sabah sebagai sebuah Wilayah serta hak rakyat Sabah lebih terbela," tambahnya.
BACA: Pertubuhan antirasuah bimbang situasi di Sabah

PRN Sabah dakan diadakan dalam masa terdekat selepas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
Langkah itu dulihat sebagai langkah paling tepat diadakan selepas berlaku pergolakan politik setelah bekas Pengerusi UMNO Sabah, Tan Sri Musa Aman mendakwa memiliki sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu untuk membentuk kerajaan baharu.

0 Comments