Cubaan rampas kuasa tak akan berlaku di Negeri Sembilan


SEORANG pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) yakin peristiwa cubaan rampasan kuasa seperti berlaku di Sabah tidak akan berulang di Negeri Sembilan.

Keyakinan itu disuarakan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke.

“Saya yakin apa yang terjadi di Sabah tidak akan berlaku di Negeri Sembilan meskipun pembangkang akan tetap bermain psikologi dengan berkata bahawa Negeri Sembilan bakal menjadi sasaran selepas Sabah.

“Saya nak beritahu semua orang: Cakap dengan kami lagi sekali selepas lihat kesan di Sabah,” katanya dipetik.

Loke turut menegaskan bahawa beliay mempercayai kesetiaan anggota dewan undangan negeri (DUN) dari HARAPAN di negeri itu.
https://t.me/kartelmedia
Tabah bekas Menteri Pengangkutan itu, apa yang berlaku di Sabah merupakan pengajaran buat kerajaan di negeri lain agar segera mengambil tindakan tegas apabila menghadapi pembelotan wakil rakyat.

Beliau berkata, tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menasihatkan Yang Dipertua Negeri, Juhar Mahiruddin, agar membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan merupakan langkah tepat menamatkan krisis politik di negeri itu.

“Jika mana-mana anggota (Adun) gabungan yang memerintah mengancam kerajaan negeri melalui pengkhianatan, maka kita harus hentikan tindakan mereka sepertimana Sabah dengan segera membubarkan DUN dan mengembalikan mandat untuk rakyat memilih.

“Katak politik tidak wajar dibenarkan untuk mempengaruhi atau menghasut pentadbiran negeri,” kata Ahli Parlimen Seremban itu lagi.

Selain itu, Loke menambah cubaan rampasan kuasa di Sabah juga memberi pengajaran kepada ahli politik terutama mereka yang berhasrat untuk berpaling tadah.

Dengan pembubaran DUN itu, Adun yang kini menyokong Musa jelasnya sudah hilang arah untuk meneruskan kelangsungan politik masing-masing.

“Mereka ingat boleh dapat kuasa politik dengan lompat parti. Tetapi sekarang DUN sudah bubar, misi mereka sudah gagal.

"Lepas lompat parti, peluang mereka untuk menjadi calon sudah tidak kesampaian melainkan menjadi calon bebas,” kata Loke.

Post a Comment

0 Comments