Remaja lemas di Tasik Paya Biru


SEORANG remaja lemas ketika mandi di kawasan Tasik Paya Biru, Felda Lok Heng Selatan dekat Kota Tinggi semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Akmal Hakim Abdul Karim, 19 ditemui di dasar tasik berkenaan dalam operasi dan menyelamat membabitkan anggota bomba.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata, Pusat Kawalan Polis Daerah Kota Tinggi menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12 tengah hari, sebelum menggerakkan anggotanya dari Balai Polis bersama pasukan bomba untuk menjalankan operasi menyelamat.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa pergi ke lokasi berkenaan bersama lima rakannya iaitu tiga lelaki dan dua perempuan dalam lingkungan usia yang sama.
https://t.me/kartelmedia
"Mangsa ditemui kira-kira jam 12.53 tengah hari di dasar tasik sedalaman 2.4 meter dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Klinik Lok Heng.

"Mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh lemas," katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, kawasan tersebut ditutup kepada orang awam sejak tahun 2018 selepas berlaku insiden lemas di tasik itu.

Sementara itu tambah Hussin,  kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan tidak melibatkan sebarang perbuatan jenayah.

Beliau turut sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi atau mandi di tempat berkenaan.

Post a Comment

0 Comments