MALAYSIA mencatatkan lima lagi kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini setakat kini adalah sebanyak 9,296 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada lima kes baru yang dikesan, dua kes merupakan kes import melibatkan warganegara yang telah mendapat jangkitan di Filipina dan Mesir.
Kesemua tiga kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia di Melaka iaitu dua kes saringan pra pembedahan di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak dan satu kes saringan bergejala di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak.
Beliau turut memaklumkan, sebanyak 16 pesakitpulih hari ini, jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh kini adalah sebanyak 8,994 kes.
Sementara itu jumlah kes aktif yang kini sedang dirawat ialah adalah sebanyak 177 kes.
Lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam kes memerlukan bantuan pernafasan.
Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini dengan jumlah kematian masih kekal sebanyak 125 kes.
0 Comments