Tiada kes penularan tempatan dikesan


SEBANYAK Enam kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kesemua enam kes baru itu adalah  kes import melibatkan 5 warganegara dan 1 bukan warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara.
https://t.me/kartelmedia
“Tiga kes dari Indonesia, 2 dari Singapura, dan 1 kes dari Mesir. Tiada kes penularan tempatan untuk kali ke-3 pada hari ini,” katanya.

Sehingga kini, Malaysia melaporkan 8,683 kes Covid-19 dengan 8,499 daripadanya sembuh.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan 13 pesakit sembuh hari ini, manakala 63 mangsa sedang dirawat di seluruh negara.

Dua daripada pesakit dirawat ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kematian kekal 121 orang sehingga hari ini.

Dr Noor Hisham juga berkata, setakat ini, terdapat 15 kluster yang disenaraikan di bawah kluster tempat kerja.

Beliau berkata, sebanyak 11 kluster diisytiharkan tamat, termasuk 1 kluster yang tamat pada hari ini, iaitu kluster syarikat pembersihan Kuala Lumpur.

Noor Hisham berkata, terdapat 4 kluster yang masih aktif, iaitu kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur 2, kluster Pedas, kluster syarikat pembersihan dan kluster tapak pembinaan Kuching.

Post a Comment

0 Comments