Super Kip akhirnya berlepas ke Sepanyol


PELUMBA
Pasukan PETRONAS Sprinta Racing, Khairul Idham Pawi dilapor telah berlepas ke bumi Sepanyol awal pagi bagi menyertai perlumbaan Moto 3 Grand Prix dunia.

Khairul Idham atau lebih terkenal dengan jolokan 'super kip' sepatutnya berlepas pada awal pagi Jumaat lalu namun tertangguh.

Klik sini - Dapatkan lebih berita dan informasi semasa
Prinsipal pasukan Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berkata Khairul Idham gagal berlepas ke Sepanyol kerana sekatan kemasukan pelancong dikenakan Kesatuan Eropah yang membenarkan  hanya 15 negara memasuki wilayahnya.

BACA:
Hari malang buat Super Kip

Bagaimanapun, dengan perkembangan terbaru itu, Khairul Idham kini boleh menarik nafas lega. Beliau dijadualkan akan melangsungkan perlumbaan keduanya musim ini di Grand Prix (GP) Sepanyol dari 17 hingga 19 Julai ini.

Sementara itu, pelumba berusia 21 tahun itu yang dipetik laporan BH Online berkata, beliau akan melakukan yang terbaik untuk negara dan juga kepada semua rakyat Malaysia.

"Saya mengikuti SOP (Prosedur Operasi Standard) seperti dikeluarkan (kerajaan Malaysia) iaitu daripada segi penjarakan sosial, memakai penutup muka, sanitizer. Seperti saya yang keluar negara, jadi saya perlu pandai menjaga diri dengan betul dan mengikut SOP ditetapkan." tambahnya.

Selain Khairul Idham, wakil Malaysia yang akan turut menyertai saingan GP Sepanyol ialah Hafizh Syahrin Abdullah dan Kasma Daniel Kasmayudin dalam saingan Moto2 dengan kedua-dua pelumba itu dijadual berlepas dalam sehari dua ini.

Post a Comment

0 Comments