Quartararo tunjuk taring, naik podium dengan Rossi


PELUMBA
sensasi Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo sekali lagi muncul juara dalam perlumbaan berprestij dunia.

Dalam perlumbaan penuh drama di Grand Prix (GP) Andalusia di Litar Jerez, semalam, pelumba kelahiran perancis itu  menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 41 minit 22.666 saat.

Dengan kejuaraan itu, Quartararo mengukuhkan meraih 50 mata di depan juara enam kali, Marc Marquez yang menarik diri daripada perlumbaan susulan kecederaan dialami di litar sama minggu lalu.
https://t.me/kartelmedia
Mengulas mengenai perlumbaan berkenaan, Quartararo berkata, perlumbaan kali ini sememangnya sukar namun dia berjaya mengatasi kesukaran berkenaan hasil pelan yang telah dirancang lebih awal.
 
"Perlumbaan kali ini sukar, tetapi saya ada dua plan iaitu plan A dan plan B. Saya memilih untuk menggunakan Plan A iaitu dan ternyata ia menjadi kali ini.

"Kini saya merancang pula plan bagi mengharungi GP Republik Czech di Litar Brno pula Ogos depan," katanya.

Selain Quartararo, dua lagi pelumba menggunakan jentera Yamaha serupa mengisi podium semalam.

Maverick Viñales dan Velentino Rossi yang menunggang bagi pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Yamaha tawan podium | Foto-MotoGP
Ia kali pertama perlumbaan dimenangi oleh tiga jentera dari pengeluar sama sejak kali terakhir dilakukan pada  2014.       


Quartararo sebaik tamat perlumbaan dipetik berkata, perlumbaan semalam sungguh bermakna baginya kerana berpeluang mengabadikan kenangan bersama Rossi di podium berkenaan.

"Saya sungguh teruja dapat berkongsi podium dengannya kerana bagi saya, dia adalah seorang legenda dalam dunia MotoGP.

"Saya gembira dapat merakamkan kenangan bersamanya di podium kali ini," kata pelumba berusia 21 itu lagi.

Bagaimanapun, seorang lagi pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli gagal menamatkan perlumbaan semalam setelah jentera ditunggangnya berdepan masalah enjin.

 
Moto3 dan Moto2

Dalam kelas perlumbaan Moto 3, pelumba  Petronas Sprinta Racing, John McPhee bangkit menebus kekecewaan perlumbaan sebelum ini untuk meraih kedudukan kedua.

McPhee terpaksa akur kehebatan pelumba SIC58 Squadra Corse, Tatsuki Suzuki yang berada 0,064 saat dihadapannya dengan mencatat masa perlumbaan 39 minit 18.861 saat.

Manakala seorang lagi pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi gagal meraih mata kali ini menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-22  semalam.

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin yang menunggang bersama pasukan
Angel Nieto tidak tersenarai setelah menamatkan perlumbaan 23 pusingan.

Post a Comment

0 Comments