Tenggelam timbul sebelum hilang


KEGEMBIRAAN
sekumpulan rakan menghabiskan cuti hujung minggu dengan berkelah di Sungai Jin, Sungai Lembing berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas dihanyutkan arus deras.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali yang dipetik laporan Bernama berkata, Ahmad Hasrul Hisyam Ahmad Fauzi, 33, dipercayai lemas sekitar 3 petang kira-kira dua jam selepas dia bersama sembilan rakannya tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa dipercayai telah berenang ke kawasan lubuk yang agak dalam sebelum dihanyutkan arus. Saksi kejadian mendakwa melihat mangsa tenggelam timbul beberapa kali sebelum hilang.

“Rakan mangsa difahamkan cuba membantu namun gagal menyebabkan mereka terus menghubungi pihak berkuasa,” menurutnya.
https://t.me/kartelmedia
Susulan laporan itu, sepasukan anggota penyelamat telah dikejarkan dan mayat mangsa dijumpai kira-kira jam 6.50 petang.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat melibatkan 16 pegawai dan anggota polis serta bomba selain dibantu tujuh orang awam.

Taburan hujan lebat yang turun kebelakangan ini telah menyebabkan arus sungai boleh menjadi lebih kuat dari kebiasaan.

Pada Jumaat,dua buah rumah kediaman penduduk di Pos Lejang, Kuala Lipis musnah dibadai kepala air.

Kejadian itu turut menyebabkan tanah runtuh dan laluan ke kawasan itu terputus.

Post a Comment

0 Comments