SAYAP wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mula menggerak langkah bagi memantapkan kembali barisan kepimpinan apabila melantik beberapa pemimpin baharu.
Setiausaha Wanita Pusat, Nor Azrina Surip berkata pada mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat diadakan pada Sabtu, beberapa pengerusi jawatankuasa dilantik.
Ia menampilkan wajah baharu menganggotai barisan pimpinan tertinggi wanita dalam parti.
Antaranya beliau sendiri sebagai Setiausaha Wanita Pusat; Fadhlina Sidek sebagai Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti serta G. Sivamalar selaku Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan.
Turut dilantik Dr Zaliha Mustafa sebagai Pengerusi Biro Strategi, Dasar dan Latihan manakala Loh Ker Chean dipilih sebagai Exco yang dilantik membarisi Majlis Pimpinan Wanita Pusat.
Melalui langkah itu jelasnya, mereka berharap jentera wanita di seluruh negara dapat diperkemas dan digerakkan bagi memastikan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kembali memerintah.
"... usaha mengangkat suara dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan," menurut Ahli Parlimen Merbok itu dalam kenyataan.
Dalam mesyuarat itu juga, lapan Ketua Wanita Negeri turut diumumkan.
Pengumuman itu dibuat selepas Majlis Konsultasi bersama Ketua-Ketua Wanita Cabang dan Pengerusi Majlis Pimpinan di negeri masing-masing dilakukan.
Mereka ialah Rodziah Ismail (Ketua Wanita Selangor), Rohaidah Mamat (Ketua Wanita Wilayah), Amni Idris (Negeri Sembilan), Naziratul Aini Muhamad Sayuty (Kelantan), Junaida Jamaludin (Perak), Napsiah Khamis@Maharan (Johor), Che Meriah Che Endut (Terengganu) dan Barirah Mokhtar (Pahang).
"Ketua Wanita enam negeri lagi akan diumum kemudian," katanya.
Nor Azrina berkata, selain menzahirkan kesatuan yang tidak berbelah bahagi, pimpinan terbaru itu bukan sahaja menampilkan beberapa wajah baharu malah turut menterjemahkan penggemblengan golongan muda dan mereka yang sangat berpengalaman dalam satu acuan pelbagai kaum.
Pada 11 Julai lepas, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita PKR yang baharu selepas bekas penyandangnya, Haniza Mohamed Talha dipecat oleh parti pada 29 Jun.

0 Comments