Panglima TLDM rakam penghargaan kepada Pulau Pinang


PANGLIMA
Wilayah Laut 3 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Abd. Hamid Ali merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ia atas usaha kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) itu yang menjalankan projek baik pulih tembok laut berdekatan Resident Naval Office (RNO) Padang Kota.

Ketua Menteri,  Chow Kon Yeow ketika menerima kunjungan hormat Laksamana Pertama Abd. Hamid berkata, walaupun kerja-kerja berkaitan berjalan dengan agak perlahan kerana ianya adalah sangat spesifik, beliau berharap ia dapat disempurnakan.
https://t.me/kartelmedia
“Saya berharap kerja ini dengan berjalan lancar, kerja-kerja naik taraf cuma melibatkan separuh daripada parameter Fort Cornwallis kerana sebahagiannya lagi berada di kawasan RNO.

"Secara keseluruhan, projek tersebut dijangka siap dalam tempoh masa tiga tahun,” katanya dipetik laporan Buletin Mutiara.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Pegawai Wakil Tentera Laut, Leftenan Komander Daoud Ahmad Shamsuddin dan Pegawai Pemerintah KD Sri Pinang, Komander Lui Poh Lin.

Sementara itu difahamkan, sepanjang kerja-kerja dilakukan di tapak berkenaan, tiga laras meriam yang mempunyai nilai sejarah tinggi turut telah ditemui.

Dalam kunjungan tersebut juga, Kon Yeow dan Abd. Hamid turut membincangkan mengenai masalah pendatang asing yang memasuki negara ini secara haram melalui laluan laut.

menurut Abd, Hamid, pendatang asing sering menjadikan Langkawi sebagai pintu masuk, manakala perairan Langkawi ke Pulau Pinang setakat ini  dianggap sebagai kawasan selamat.

“Atas sebab itu Wilayah Laut 3 diletakkan di Langkawi, ini adalah atas faktor keselamatan, tambahan pula terdapat saudara mara pendatang ini sudah lama menetap di sana,” jelas Abd. Hamid.

Post a Comment

0 Comments