BEKAS Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin gagal dalam rayuan terhadap perintah ganti rugi RM100,000 kepada Eric Paulsensaman Eric Paulsen.
Memetik laporan Bernama, keputusan tersebut dibuat Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed, yang mempengerusikan panel tiga hakim di Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Mohamed Hafiz.
Panel hakim yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Salleh dan Vernon Ong Lam Kiat itu memberikan alasan persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh Hafiz gagal memenuhi kehendak Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Panel tersebut, dilaporkan turut mengarahkan Mohamed Hafiz yang juga aktivis NGO Jalinan Muslimin Pulau Pinang membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Eric Paulsen.
Susulan keputusan itu, mahkamah turut mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 4 Julai 2018 yang mengarahkan Mohamed Hafiz membayar ganti rugi kepada Paulsen yang ketika itu merupakan pengarah eksekutif ‘Lawyers For Liberty’.
Sebelum itu, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap Paulsen pada 2 Sept 2015 selepas peguam itu mengeluarkan kenyataan fitnah melalui laman Twitter @EricPaulsen101 pada 9 Jan 2015.
Pada 22 Okt 2015, Paulsen memfailkan saman balas terhadap pertubuhan itu dan Mohamed Hafiz sebagai defendan pertama dan kedua berhubung penerbitan satu artikel berjudul ‘Jangan biar Eric Paulsen bebas tanpa perbicaraan’ bertarikh 9 Feb 2015 di laman web Isma.
Bagaimanapun, Isma menarik balik saman itu selepas berpuas hati dengan penjelasan Paulsen mengenai kenyataannya yang didakwa mengaitkan pertubuhan itu sebagai kumpulan ekstremis.
Paulsen kemudiannya menarik balik saman balas terhadap Isma. Bagaimanapun, ia mengekalkan saman terhadap Mohamed Hafiz.