Buruh binaan maut setelah tertimbus ketulan tanah



SEORANG pekerja buruh binaan maut selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah di sebuah tapak pembinaan di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoner Nik Ezanee Mohd Faizal dalam satu kenyataan berkata, kejadian pada jam 12.58 tengah hari ketika lelaki warga asing berusia 35 tahun itu sedang melakukan kerja-kerja pemasangan paip pembuangan air bawah tanah.

"Kejadian berlaku pada 12.58 tengah hari, pada Isnin. Siasatan awal mendapati, mangsa sedang melakukan kerja pemasangan paip pembuangan air bawah tanah sebelum secara tiba-tiba tanah dinding berhampiran runtuh.

"Runtuhan berlaku dalam bentuk ketulan besar lalu menimbus mangsa sepenuhnya," katanya.
https://t.me/kartelmedia
Susulan itu kerja-kerja menyelamat mangsa telah dilakukan, namun mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

"Siasatan akan dilakukan secara terperinci untuk melihat segala aspek insiden berkenaan," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments