PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte pada Khamis menggunakan undang-undang negara itu bagi mengisytiharkan 31 Julai sebagai hari cuti kebangsaan.
Menurut agensi berita Anadolu, Duterte membuat pengisytiharan itu sempena sambutan perayaan Aidiladha oleh umat Islam.
"Undang-Undang Republik No. 9849 menetapkan Aidiladha harus disambut sebagai cuti biasa," kata Duterte dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu lagi, tarikh tersebut dipilih berdasarkan syor oleh Suruhanjaya Kebangsaan Islam Filipina.
Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao yang terletak di selatan Filipina, dimana majoritinya penduduk Islam, turut mengumumkan solat Aidiladha akan diadakan pada Jumaat.
Sementara itu, sempena sambutan perayaan tersebut, Duterte menasihatkan masyarakat Islam negara itu supaya terus supaya mematuhi dan menjaga penjarakan sosial sepanjang meraikan perayaan tersebut.