KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan lapan kes baru berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini.
Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kes positif di negara ini kini 8,964 kes.
Menurut Dr Noor Hisham, tiga adalah kes import melibatkan dua warganegara dan satu bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.
"Tiga kes import tersebut adalah dari negara Kazakhstan (satu kes di Selangor); Indonesia (satu kes di Kedah) dan Filipina (satu kes di Sabah)," katanya di Putrajaya hari ini.
Sementara lima kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warga tempatan iaitu di Wilayah Persekutuan (satu kes saringan di sebuah pusat perubatan; Johor (satu kes saringan prapembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang).
Manakala di Sabah, tiga kes iaitu satu kes saringan rujukan ke hospital di Hospital Queen Elizabeth; satu kes saringan hospital di Hospital Queen Elizabeth; dan satu kes saringan prapembedahan di Hospital Tawau.
Dalam perkembang sama, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat lima kes pulih Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya sebanyak 8,617 kes (96.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Tiada pertambahan kes kematian berkaitan wabak itu dilaporkan dan jumlah korban kekal 124 orang.
Sementara itu jelas beliau, tiga kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.
Tiada pertambahan kes kematian berkaitan wabak itu dilaporkan dan jumlah korban kekal 124 orang.
Sementara itu jelas beliau, tiga kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.
0 Comments