ADUN berpaling tadah kena pecat


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Kenny Chua Teck Ho yang 'mengkhianati parti KEADILAN dipecat berkuat kuasa.

Pemcatan itu disahkan Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Datuk Ahmad Kasim dalam kenyataan semalam selepas Kenny dilihat berada bersama kumpulan penyokong bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang berusaha menjatuhkan kerajaan negeri Sabah pimpinan DatuK Seri Shafie Apdal. 

"Mengambil kira pendirian KEADILAN bahawa pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak boleh dibenarkan berlaku, maka Lembaga Disiplin mengumumkan bahawa Kenny Chua Teck Ho dipecat daripada KEADILAN berkuat kuasa serta-merta," kata Ahmad Kasim dalam kenyataan itu.
https://t.me/kartelmedia
Semalam pergolakan politik Sabah mencapai kemuncaknya,  Musa melalui satu sidang media mendakwa beliau layak dilantik sebagai Ketua Menteri selepas mendakwa mendapat sokongan 33 ADUN untuk membentuk kerajaan baharu negeri.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi membuka laluan kepada pilihan raya negeri dengan mengembalikan mandat memilih kerajaan kepada rakyat negeri itu.

Post a Comment

0 Comments