TARIKH kejuaraan lumba basikal Tour de France tahun depan bakal dilewatkan selama semingga untuk mengelak ia bertembung dengan acara perlumbaan jalanan lelaki di Olimpik Tokyo yang dijadualkan semula.
Perkara itu dimaklumkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI)
"Dengan Sukan Olimpik Tokyo diadakan dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, tarikh beberapa acara telah disesuaikan.
"Uuntuk mengelakkan pertindihan perlumbaan berbasikal jalan raya Olimpik (24, 25 dan 28 Julai) dengan Tour de France (yang awalnya dijadualkan pada 2-25 Julai), perlumbaan peringkat Perancis akan berakhir pada 18 Julai, seminggu sebelum hujung minggu pertama Sukan Olimpik," kata UCI.
Jelajah 2021 akan bermula pada 26 Jun dan berakhir pada 18 Julai, enam hari sebelum bermulanya perlumbaan jalan raya Mount Fuji yang asalnya dijadualkan bermula pada 2 Julai di Copenhagen, Denmark.
Sukan Tokyo dijadualkan berlangsung dari 24 Julai 9 Ogos tahun ini tetapi ditangguhkan selama setahun kerana wabak Covid-19.
UCI juga mengatakan bahawa Tour of California dan siri RideLondon-Surrey Classic tidak akan menjadi sebahagian daripada kalendar barunya.

0 Comments