PENYANYI Poe yang terkenal dengan lagu "Ala ala tok jangan saman" meninggal dunia hari ini.
Isterinya, Nor Aisyah Zakaria dipetik berkata Poe, 64, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur, jam 12.30 tengah hari tadi.
Difahamkan, Poe atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Ahmad meninggal dunia akibat komplikasi jantung, buah pinggang dan hati.
"Sebenarnya minggu lepas, dia sudah dimasukkan ke Hospital Selayang dan kelmarin doktor baru benarkan balik rumah tapi semalam keadaan kesihatan dia agak merosot," katanya.
Poe pernah menganggotai kugiran Rampa pada pertengahan 1980an dan sempat merakamkan beberpa album, antaranya Dunia Materialistik (1984) dan Apa Macam? (1985).
Berita kematian Poe turut dikongsikan rakannya, penyair Pyanhabib Rahman di laman Facebook.
"Poe asalnya pelukis kartun. Poe seorang yang humour, kartun-kartunnya humour. Stroknya cantik."
"Berpuluh tahun, Poe adalah pemuzik reggae. Hari ini, Allah mengambil dia di Jumaat yang mulia," katanya yang mengenali Poe sejak tahun 1970-an.
Tambah Pyanhabib lagi, ketika kali terakhir bertemu penyanyi itu, Poe sedikit uzur.
0 Comments