Anwar beri sebab tolak Mahathir jadi PM kali ke-3


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohammad berkeras mahu sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu siaran langsung di laman Facebooknya, Anwar menjelaskan situasi semasa mesyuarat di Petaling Jaya baru-baru ini.

Kata Presiden KEADILAN itu, sebelum timbulnya pertikaian mengenai calon perdana menteri, HARAPAN telah bersetuju untuk mencalonkan beliau ke jawatan tersebut. keputusan itu susulan mesyuarat dilakukan Majlis pimpinan HARAPAN. 

"Mahathir tidak bersetuju kerana mahu menjadi perdana menteri buat kali ke-3.

“Kita (HARAPAN) hujah dan saya terangkan sudah hampir 24 tahun jadi perdana menteri bagilah orang lain. Kita dah janji.

“Semua dibahaskan, tetapi beliau berkeras,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam rakaman video bertajuk “Tazkirah Anwar”

Bukan langkah terbaik
Anwar turut menjelaskan alasan, beliau tidak boleh menerima cadangan Mahathir sebagai perdana menteri untuk tempoh enam bulan sebelum jawatan itu diserahkan kepadanya.

Menurut Anwar, apa yang dicadangkan itu bukan langkah terbaik untuk negara.

“Kita berbeza pendapat. Saya kata saya tak dapat terima sebab tidak yakin ini terbaik bagi negara.

“Bagi rakyat, bagi ‘reform’, bagi badan kehakiman, media, program anti rasuah dan terutamanya ekonomi. Nak hentikan kronisme. Semua itu saya tak yakin 6 bulan boleh kita kejar,” katanya.

Dalam pada itu Anwar berkata, keputusan untuk mengadakan syarat agar Dr Mahathir menandatangai perjanjian agar menyerahkan kuasanya turut mengambarkan bahawa janji itu sendiri boleh diragui.

“Sebab bila diberi laluan Mahathir menjadi perdana menteri selama 6 bulan dengan syarat kena tandatangan untuk pastikan ia dipenuhi. Maknanya ada kecurigaan.

“Kita ada pengalaman, nak percaya 100% tidak juga. Kalau ikut pengalaman, nak tandatangan, nak pastikan, kalau tak lulus, tak setuju, kita undur keluar kerajaan. Itu semua dibincangkan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments