Sarawak teruskan PKP hingga 12 Mei


SARAWAK
memutuskan untuk tidak mengikut langkah kerajaan persekutuan untuk membuka semula ekonomi pada Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Amar Douglas Uggah Embas, berkata kerajaan Sarawak kekal dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) semasa dan perlu mengambil kira keadaan negeri dahulu sebelum membuat melonggarkan araham PKP.

Mengulas lanjut, Uggah berkata, JPBM  berpandangan standard pematuhan bagi pembukaan semula kegiatan ekonomi sebagai tidak kondusif di negeri itu pada ketika ini.

"Kerajaan negeri memutuskan untuk meneliti kesan membuka semula kegiatan ekonomi, sektor mana yang boleh dibuka, waktu dan setakat mana mereka dibenarkan (untuk beroperasi)

"JPBN akan meneliti perubahan peraturan yang digariskan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ... Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), terlebih dulu.," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, keputusan pentadbiran Muhyiddin melonggarkan PKP bermula Isnin nanti dikritik banyak pihak.

Sebuah NGO berkaitan kesihatan, Galen Centre  turut melancarkan petisyen bagi menggesa keputusan itu ditarik balik.

BACA:
NGO lancar petisyen bantah longgar PKP

Sementara itu tambah Unggah, perniagaan yang telah mendapat kebenaran operasi semula daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri masih perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri sebelum berbuat demikian.

PKP fasa keempat dijangka berakhir pada 12 Mei tetapi kerajaan setuju untuk membenarkan kebanyakan perniagaan dibuka semula bermula Isnin ini.

Post a Comment

0 Comments