RUSIA merekodkan kematian harian tertinggi, iaitu 150 kes pada Jumaat.
Pegawai kesihatan melaporkan, Rusia mencatat 3,249 kematian dan 326,448 kes, jumlah jangkitan ketiga tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS)dan Brazil.
Agensi berita antarabangsa dalam laporan yang memetik rekod kerajaan berkata, sebanyak 8,894 kes terbaru dalam tempoh 24 jam terakhir telah dilaporkan, manakala kes sembuh pula 7,144.
Bagaimanapun situasi di negara itu beransur stabil dan setengah juta pekerja industri dan pembinaan di Moscow dibenarkan kembali bekerja.
Secara keseluruhannya dari semua kes jangkitan, 99,825 individu di Rusia dilapor sembuh.
Sementara itu, setakat awal hari ini, sebanyak 5,168,433 individu telah dijangkiti virus tersebut.
Daripada jumlah itu, 1985,656 sembuh dan 335,936 meninggal dunia.
AS mencatatkan 1,632,969 kes dengan 96,251 kematian, manakala Brazil pula mencatatkan 330.890 kes dengan 21,048 kematian.
0 Comments