Pengasas kicap kipas Udang meninggal dunia


PENGASAS produk terkenal berasaskan kicap, sos dan seri kaya jenama Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia di kediamannya di Larkin Jaya semalam.

Allahyarham berusia 100 tahun.

Memetik laporan Bernama, Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh tenghari semalam.

Menurut cucu beliau dikenali sebagai  Amiza Abdul Aziz, allahyarham tidak mempunyai sebarang komplikasi kesihatan dan dilihat sihat.

“Arwah tiada komplikasi penyakit, malah dia sihat sahaja sebelum ini,” kata cucunya Amiza Abdul Aziz yang mengesahkan berita kematian itu.

Lambak meninggalkan balu Datin Rogayah Jusoh, 94, dan 12 cahaya mata.

Produk menggunakan jenama tersebut dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd.

Syarikat itu ditubuhkan sejak 1987 itu, kicap keluaran Zara Foodstuff tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Post a Comment

0 Comments