Mahkamah akan tetap tarikh baru bicara kes Abdul Azeez


TARIKH
baru untuk perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim dan abang, Abdul Latif bakal ditentukan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bernama dalam laporanya berkata, mahkamah telah menetapkan 18 Mei ini untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh baru perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO berusia 53 tahun itu menghadapi 3 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Dia turut berdepan 9 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta, manakala abangnya menghadapi 2 pertuduhan bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Azeez.

Bagi pertuduhan rasuah, Azeez dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Petaling, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi kes pengubahan wang haram, dia dituduh melakukan kesalahan itu di sekitar Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Latif, 62, pula didakwa secara rasuah menerima wang tunai berjumlah RM4 juta daripada Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah, yang juga pengarah syarikat, Menuju Asas Sdn Bhd, sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan projek pembinaan jalan secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.

Difahamkan projek itu melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru: Kerja-Kerja Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak Darul Ridzuan) yang bernilai RM644,480,000.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Perbicaraan kes dijadual pada 16 Mac lalu namun  ditangguhkan pada 16 dan 17 April serta 20 hingga 22 April berikutan permohonan Hisyham untuk bercuti sakit bermula 11 Mac sehingga 10 April.

Perbicaraan kemudiannya tertangguh susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19)

Pada 16 Januari lalu, Abdul Azeez mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan tersebut.

Post a Comment

0 Comments