Covid-19: 39 kes baru, 30 warga asing


KEMENTERIAN
Kesihatan memaklumkan  39 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini kepada 6,467 kes.

Daripada jumlah kes baru itu, 30 daripadanya melibatkan warga asing,  38 kes adalah daripada penularan tempatan, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Sebanyak lapan kes (baru) telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD)," katanya.

Beliau turut memaklumkan seramai 74 pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini.

Ia menjadikan jumlah kes pulih kepada 4,776, iaitu 73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,584 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," tambahnya lagi.

Sejumlah 19 pesakit pula  menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan  seramai lapan pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham juga berkata tiada kematian baru dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah korban Covid-19 kekal kepada 107 kes, iaitu 1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di Malaysia.

Post a Comment

0 Comments