31 kes baru, 60 pesakit sembuh hari ini


MALAYSIA
mencatatkan 31 lagi kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,009.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memberitahu, kes baru yang dilaporkan terdiri daripada 10 kes import dan 21 penularan tempatan.

Daripada jumlah jangkitan tempatan itu, 10 kes melibatkan warga asing dan 11 kes melibatkan warganegara Malaysia.

Sementara itu tambahnya,  60 lagi pesakit sembuh sepenuhnya setakat tengahari tadi menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 5,706, atau 81.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,189 kes.

Sebanyak 11 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan hari ini memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 114 kes.

Dalam sidang serupa, Dr Noor Hisham turut mengulas ubat dibangunkan sebuah makmal di China yang dipercayai mampu memulihkan pesakit Covid-19 tanpa menggunakan vaksin.

Jelasnya, ubat tersebut masih di peringkat awal pembangunan dan perlu diuji keberkesanannya terlebih dahulu.

Sebelum ini, media melaporkan ubat yang diuji saintis di Universiti Beijing, China menunjukkan ia mampu memendekkan tempoh penyembuhan dan “memberi” imuniti jangka pendek daripada dijangkiti Covid-19.

Pengarah Pusat Inovasi Lanjutan untuk Genomik Universiti Beijing, Sunney Xie dilaporkan berkata, ubat itu berjaya dalam ujian ke atas haiwan.

Ubat itu menggunakan antibodi peneutralan yang dihasilkan sistem imun manusia bagi menghalang virus menjangkiti sel, di mana kumpulan Xie mengasingkannya daripada darah 60 pesakit pulih.

Post a Comment

0 Comments