Warga emas maut ditimpa dinding runtuh


SEORANG
warga emas maut dilapor apabila terperangkap selepas bahagian dapur rumah didiaminya runtuh pagi tadi.

Dalam kejadian di Kampung Semariang Batu dekat Kuching, Sarawak itu  Hajijah Mahtar, 72, disahkan meninggal dunia oleh pihak Jabatan Kesihatan akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan.

Insiden itu disahkan Pusat Gerakan Bomba Sarawak melalui satu kenyataan.

“Rumah itu adalah jenis struktur tidak kekal berukuran 30 kaki x 15 kaki (9 x 4.6 meter) dan dianggarkan telah runtuh 30 peratus pada bahagian dapur.

"Kejadian dipercayai berlaku kerana struktur rumah yang usang,” kata kenyataan itu.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Petra Jaya diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Awang Affendi Awang Daud terlibat dalam operasi mengeluarkan warga emas itu dari runtuhan.

Post a Comment

0 Comments