Sekali lagi Dr Noor Hisham banggakan Malaysia


KETOKOHAN Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menangani pendemik koronavirus (Covid-19) di Malaysia sebelum ini mendapat pujian ramai.

Terbaharu, Dr Noor Hisham sekali lagi membanggakan rakyat negara ini apabila disenaraikan salah seorang antara 3 doktor terbaik dunia dalam kalangan pegawai kesihatan awam yang mengendalikan Covid-19.

Rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) melalui laman webnya CGTN memilih Hisham antara doktor terbaik di dunia kerana pendekatannya berterus terang dan tenang dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia.

Turut disenaraikan bersama Dr Noor Hisham adalah Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) and Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Fauci, 79, merupakan pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS (NIAD), manakala Bloomfield, 54, ialah ketua pengarah kesihatan di New Zealand.

"Tidak ramai yang mengenali Hisham, 56, dan 2 lagi tokoh terbabit, tetapi kini mereka menjadi sumber maklumat dan fakta paling “dipercayai” bagi pandemik itu.

“Setiap kali saya melihat Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, saya merasa yakin. Beliau menjadi tempat bergantung bagi ramai rakyat Malaysia,” menurut CGTN.

 

Post a Comment

0 Comments