SEMUA penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah pada 26 Mac lalu perlu tampil menghubungi pihak kesihatan.
Memetik laporan Malaysiakini, satu notis mengenainya telah dikeluarkan Pejabat Kesihatan Tawau yang menggesapenumpang khususnya yang duduk di barisan hingga 24 digesa menghubungi bilik gerakan pusat respons Covid-19 dengan segera.
"Perhatian, semua penumpang penerbangan MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawai pada 26 Mac 2020, terutama mereka yang duduk di barisan 18 hingga 24.
"Tuan/ puan diminta untuk mengbungi Bilik Gerakan CPRC di Pejabat Kesihatan Tawau pada no tel +60-164729314 atau +60-198695855," kata notis itu.
Bagaimanapun, tiada butiran terperinci lain disertakan dengan pengumuman disiar di laman Twitter Jabatan Penerangan Negeri Sabah itu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Christina Rudi yang dipetik laporan Berita Harian pula berkata notis berkenaan dikeluarkan dari masa ke semasa bagi menghubungi kontak kes positif Covid-19 supaya mereka datang menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.
Beliau turut meminta orang awam supaya tidak panik dengan notis sebegitu.
Katanya, langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan mereka yang terdedah kepada kes positif Covid-19 dapat dikesan lebih awal.
“JKNS amat menghargai usaha orang awam yang menghubungi Pejabat Kesihatan jika ada notis yang dimuat naik dalam laman sosial seperti facebook dan whatsapp oleh Pejabat Kesihatan,”
Sabah setakat kini mencatatkan 260 kes dengan tiga kematian direkodkan, manakala daerah Tawau sahaja merekodkan 70 kes positif Covid-19 dengan satu kes kematian.
Memetik laporan Malaysiakini, satu notis mengenainya telah dikeluarkan Pejabat Kesihatan Tawau yang menggesapenumpang khususnya yang duduk di barisan hingga 24 digesa menghubungi bilik gerakan pusat respons Covid-19 dengan segera.
Petikan di laman Twitter @JapenSabah |

0 Comments