Pelakon 'The Flash" meninggal dunia


PEMEGANG
watak Barry Allen ketika muda dalam siri superhero "The Flash" dilapor meninggal dunia.

Logan William berusia 16 tahun merupakan bintang yang sedang meningkat naik dan membuat kemunculan dalam lapan episod musim pertama siri terkenal itu.

Ibu Logan, Marlyse Williams mengesahkan berita pemergian anaknya kepada rangkaian berita Tri-City British Columbia pada Khamis lalu namun tidak menyatakan sebab kematian.

Menurut Marlyse lagi, beliau terpaksa berdepan kesukaran berhadapan kehilangan Logan terutama ketika dan pengasingan sosial dilaksana susulan penularan koronavirus.

"Saya tidak dapat memeluk ibu bapa saya yang kehilangan cucu mereka," katanya.

Sementara itu, pelakon utama "The Flash" Grant Gustin melalui akaun Instagram mengucapkan takziah di atas pemergian Logan.

“Saya baru dapat berita menyedihkan Logan Williams meninggal dunia secara tiba-tiba.

"Saya amat kagum dengan bukan sahaja bakat yang ada pada Logan, tetapi juga professionalismenya di set.

"Ingatan dan doa saya dititipkan buat mendiang dan keluarga dalam suasana yang pastinya amat sukar buat mereka," tulis Gustin.

Post a Comment

0 Comments