Peguam kritik 'downplay' menteri


SEORANG peguam tampil mempertikai kenyataan seorang menteri,  Ismail Sabri Yaakob yang didakwa  meremehkan ("downplay") pensabitan Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali dan anggota exco Perak, Razman Zakaria sebagai sekadar "melanggar SOP"

Syahredzan Johan berkata berdasarkan laporan tentang pertuduhan, Ismail dan Razman didakwa kerana mengingkari Peraturan 6 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Peraturan itu jelasnya melarang perhimpunan atas pelbagai sebab termasuk tujuan sosial dan boleh dikenakan hukuman RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.


"Ini bermakna, mereka bukanlah ‘langgar SOP sahaja’, tetapi jelas melanggar peraturan PKP (perintah kawalan pergerakan),Jika mereka sekadar ‘langgar SOP’, mana mungkin mereka boleh didakwa di mahkamah.

Tidak mematuhi social distancing (penjarakan sosial) bukanlah jenayah, timbalan menteri dan exco tersebut bukan didakwa sebab tidak patuh social distancing, tetapi sebab berhimpun sewaktu PKP untuk maksud sosial.

"Sepatutnya tiada beza jenayah timbalan menteri dan exco, dengan jenayah rakyat biasa dalam hal ingkar PKP ini, menteri tidak wajar downplay kesalahan jenayah yang dilakukan oleh timbalan menteri dan exco tersebut demi menjelaskan apa yang dikatakan layanan berbeza di antara VIP dan marhaen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail sebelum ini dipetik berkata, kedua-dua pemimpin itu tidak ingkar PKP tetapi sebaliknya telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang mengatur pergerakan semasa PKP, seperti tidak mengamalkan penjarakan sosial. 

Katanya, kerajaan telah mengumumkan bahawa wakil rakyat dibenarkan bergerak untuk membantu rakyat dalam tempoh PKP, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang.

Pada 17 April, Noor Azmi dan rombongannya mengunjungi sebuah sekolah agama di Lenggong, Perak, beliau dipaparkan sedang makan dengan kira-kira 20 individu, termasuk dengan Razman, tanpa penjarakan sosial, .

Kiriman di Facebook itu yang tersebar di media sosial dan mendapat kritikan pengguna media sosial.

Noor Azmi dan Razman mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa.

Post a Comment

0 Comments