Parlimen: Ahli Parlimen dakwa Muhyiddin takut


BEBERAPA Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini menyuarakan rasa terkejut apabila persidangan parlimen hanya akan diadakan selama sehari pada 18 Mei ini.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata persidangan singkat itu dapat diterima dan bertentangan dengan konsep demokrasi berparlimen yang sudah lama wujud.

"Kerajaan Perikatan Nasional tidak memiliki asas sah untuk mengehadkan sesi parlimen hanya satu hari kerana walaupun terdapat perintah kawalan berikutan pandemik Covid-19.

"Kita melihat banyak negara demokrasi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat mengadakan sesi parlimen biasa. Malah, Korea Selatan bahkan mengadakan pilihan raya umum (pada hari Rabu) di bawah sekatan pandemik yang teruk," kata Kok dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, notis pemakluman itu dikirim setiausaha Dewan Rakyat kepada semua Ahli Parlimen melalui email.

Persidangan pada awalnya dijangka berlangsung pada 9 Mac, susulan pertukaran kerajaan secara mengejut, ia kemudian ditangguhkan sehingga 18 Mei.

Sementara itu, Teresa mendakwa e-mel yang dihantar oleh setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat mengatakan tidak akan ada "sesi soal jawab lisan, soalan bertulis, usul dan persidangan khas" dalam persidangan itu nanti.

Tindakan itu tegasnya mengambarkan pentadbiran Muhyiddin tanpa rasa malu dan terang-terangan menunjukkan penghinaan terbuka terhadap peranan dan fungsi parlimen.


"Kerajaan sedang berusaha menghalang dan melemahkan peranan Parlimen yang sah dan konsep pemisahan kuasa, dalam menghalang perbahasan mengenai pakej rangsangan.

"Kerajaan secara terang-terangan berusaha meranapkan melalui pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM 250 bilion (bersamaan dengan anggaran bajet setahun Malaysia), melalui "pintu belakang", tanpa meminta persetujuan yang sewajarnya dari parlimen," tambahnya.

Teresa turut mendakwa Muhyiddin sangat takut berdepan anggota parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam sesi parlimen yang sah, kerana bimbang usul undi tidak percaya terhadapnya sebagai PM digerakkan.

Sementara itu, Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang turut mengkritik persidangan sehari itu.

Parlimen tegasnya wajar berfungsi sebagai tempat memainkan peranan utama bagi menunjukkan perpaduan dalam menghadapi wabakCovid-19 dan membincangkan strategi yang paling berkesan untuk mengatasi krisis Covid-19 dan merangka 'pelan keluar' terbaik untuk memulihkan ekonomi negara.

"Ini paling tidak dapat diterima kerana membuatkan parlimen seperti pentas lawak," kata Lim merujuk tempoh persidangan singkat itu.

Post a Comment

0 Comments