Jumlah kes koronavirus negara jiran naik mendadak


SINGAPURA
mencatatkan 897 kes baru koronavirus (Covid-19) hari ini, menjadikan keseluruhan sebanyak 12,075 kes setakat ini.

Majoriti kes baru itu membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama, dengan ramai yang menjalani kuarantin atas arahan kerajaan, kata Kementerian Kesihatan Republik itu.

Singapura  kini ialah satu daripada kadar jangkitan tertinggi di Asia, menurut statistik rasmi, selepas China, India dan Jepun.

Republik itu berpopulasi seramai 5.7 juta orang.

Sementara itu, Indonesia mencatatkan jumlah kes positif harian tertinggi dengan 436 kes baru pada Jumaat.

Menurut data disediakan pegawai Kementerian Kesihatan, Achmad Yurianto, setakat ini negara jiran itu mencatatkan jumlah keseluruhan kes sebanyak 8,211 kes.

42 kematian dicatatkan hari ini, menjadikan semuanya 689 pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat virus itu di Indonesia setakat ini.

Post a Comment

0 Comments