KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulah memaklumkan 51 kes baharu berkait koronavirus dikesan hari ini.
Angka jangkitan baru meneruskan trend 2 angka selepas 88 kes yang dilaporkan semalam dan 71 kes kelmarin dan menjadikan jumlah keseluruhan kes kes positif wabak itu kini meningkat kepada 5,742 kes.
Bagaimanapun tambah Dr Noor Hisham, setakat 12 tengahari tadi, 99 kes pulih dicatatkan.
Jumlah tu sekali gus mengekalkan perkembangan positif apabila melebihi kes baharu yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Setakat kini jumlah keseluruhan sembuh daripada jangkitan COVID-19 ialah 3,762 kes atau 65.5 peratus.
Buat masa ini jelasnya terdapat 1,882 kes aktif dan sedang menerima rawatan.
"Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 16 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan dua kematian baharu membabitkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 62 tahun.
Lelaki berkenaan (kes kematian ke-97) mempunyai latar belakang penyakit jantung, sementara wanita berkenaan (kes ke-98) mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.
“Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 28 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2020 jam 3.53 pagi," jelasnya.
Wanita itu juga ada kontak rapat dengan kes jangkitan ke-1346, yang juga merupakan anak lelakinya.
Mangsa telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 28 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2020 jam 3.53 pagi.
Dengan perkembangan itu, jumlah kumulatif kematian di negara ini sebanyak 98 kes atau 1.7 peratus, setakat hari ini.
0 Comments