KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengkategorikan Hulu Selangor sebagai kawasan zon merah koronavirus (Covid-19).
Kawasan paling utara di Selangor yang bersempadan dengan Perak itu kini merupakan Zon merah ke-25 di negara ini dan ke enam di Selangor.
Daerah itu yang sebelum ini mencatatkan 34 kes, kini melonjak kepada 43 kes berkaitan Covid-19.
Sebagai rekod, Zon mengikut warna diberikan kepada kawasan yang mempunyai jumlah kes melebihi 40 kes, manakala zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau (sifar kes).
Selain Hulu Selangor, Daerah lain iaitu Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak dan Sepang juga dikategorikan dalam zon merah.
Kuala Selangor dan Kuala Langat diletakkan di zon jingga dengan masing-masing mempunyai 29 dan 23 kes.
Satu lagi daerah di Selangor iaitu Sabak Berham mempunyai 11 kes Covid-19 dan diletakkan di bawah zon kuning.
Selangor tidak mempunyai zon hijau.
Di peringkat kebangsaan, zon merah paling tinggi adalah Lembah Pantai (424 kes), Hulu Langat (366 kes), Petaling (314 kes), Kuching (196 kes), Seremban (185 kes), Kluang (175 kes) Johor Bahru (159 kes), Klang (152 kes), Gombak (121 kes), Kepong (110 kes) dan Titiwangsa (101 kes).
Ini diikuti oleh Kinta (97 kes), Kota Bharu (85 kes), Tawau (67 kes), Hilir Perak (66 kes), Cheras (64 kes), Jerantut (63 kes) 54 kes), Rembau (51 kes), Batu Pahat (50 kes), Kuantan (50 kes), Putrajaya (47 kes) dan Kota Samarahan (45 kes).

0 Comments