Etnik Rohingya ditahan kes pecah rumah


KUMPULAN etnik Rohingya yang terlibat aktiviti pecah rumah sekitar daerah Kulai sejak tahun lalu tumpas.

Ias susulan kejayaan pihak berkuasa polis memberkas tiga suspek pecah ruman dalam serbuan berasingan di inap desa dan dua buah rumah di daerah itu pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, polis membuat satu serbuah pada Isnin dan menahan tiga lelaki etnik Rohingya berumur 20 hingga 32 tahun

"Mereka terlibat dengan beberapa kes pecah rumah dan kes terbaharu di Indahpura di sini pada 26 April lalu dan mangsa berusia 40-an membuat laporan polis jam 6.30 petang pada hari yang sama.

"Menerusi serbuan itu pihak polis merampas antaranya dua buah kereta, peralatan pecah rumah, wang tunai pelbagai negara, buku bank, pasport, barang kemas dan dua komputer riba yang semuanya bernilai lebih RM80,000," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

Menurut pihak polis, modus operandi kumpulan itu ialah dengan  memecah masuk rumah melalui pintu depan dan tingkap rumah mangsa dengan menggunakan pemutar skru sebelum menyelinap masuk pada waktu siang dan malam.

"Siasatan mendapati mereka sudah melakukan 10 kes pecah rumah di kawasan Indahpura, Bandar Putera, Saleng dan Senai sejak November tahun lalu hingga kini," katanya.

Sementara itu menurut Beng Yeow, ada di antara suspek berkenaan memiliki kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) sementara yang lain tidak memiliki sebarang dokumen.

Pihak polis juga sedang mengesan dua dalang utama kumpulan itu yang dikenali sebagai Abdullah, 32, dan Norjan, 20, yang masih bebas.

Susulan itu, tiga suspek tersebut direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun atau denda atau sebatan

Post a Comment

0 Comments