BEKAS timbalan perdana menteri DatuK Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang mempersoalkan dana AS$50 juta dari Qatar kepada pelarian Rohingya di Malaysia.
Menjawab isu dibangkitkan Zahid, Dr Wan Azizah menegaskan dana itu tidak pernah disalurkan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).
Ia sebaliknya disalurkan terus kepada beberapa NGO berkaitan dengan Yayasan Kebajikan Negara cuma menjadi penyelaras.
"Zahid sebagai Presiden UMNO, sebuah parti yang sekarang ini bersama kerajaan Perikatan Nasional, seharusnya boleh memperolehi segala maklumat berkaitan hal ini hanya dengan berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Peruntukan ini tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.
"Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ialah badan penyelaras bagi bantuan tersebut selaras dengan satu keputusan Kabinet pada 5 April 2019.
"Keputusan kabinet itu juga melantik Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau bagi program ini dan melapor terus kepada satu jawatankuasa tertinggi yang saya pengerusikan sehingga 23 Februari 2020," kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu melalui suatu kenyataan.
Pentadbiran baik dan telus
Dr Wan Azizah turut menjelaskan bahawa jemaah menteri ketika era pentadbiran HARAPAN yang lalu mengatur pentadbiran bantuan demikian sebegitu rupa bagi memastikan dana itu diagih dengan telus dan diuruskan dengan baik.
Bantuan kemanusian daripada Qatar Fund for Development (QFFD) kepada pelarian Rohingya itu jelasnya juga telah diperuntukkan dalam tiga sektor - kesihatan, pendidikan dan kehidupan berdikari.
"Bagi pelaksanaan sektor kesihatan, satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara YKN, QC dan tiga buah NGO yang terlibat dalam sektor ini, iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA), dengan agensi penyelaras (iaitu YKN) telah melalui proses ketekunan wajar (“due diligence”) yang sewajarnya.
"Perjanjian ini adalah untuk tempoh setahun sehingga 12 September 2020 dan akan disambung setiap tahun selama tiga tahun, dengan peruntukan tahunan sebanyak AS$5 juta atau AS$15 juta untuk tiga tahun.
"Pada ketika berlaku peralihan kuasa di Putrajaya, pelaksanaan sektor pendidikan berada di peringkat penilaian oleh QFFD manakala perbincangan belum bermula bagi sektor mandiri kehidupan," tambahnya.

Myanmar perlu tanggungjawab
Dalam kenyataan tersebut juga , Dr Wan Azizah turut membuat gesaan agar kerajaan Myanmar memikul tanggung jawab terhadap pelarian dan bukan hanya menyerahkan tanggungjawab itu kepada negara-negara jiran yang menjadi lokasi transit untuk pelarian tersebut.
"Kami juga memikirkan rakyat malaysia yang memerlukan bantuan. Kita mesti menjaga kebajikan rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan terutama dalam situasi semasa.
"Saya menyeru kerajaan Myanmar supaya mengambil tanggungjawab ke atas eksudus besar-besaran kaum Rohingya," tegasnya.
0 Comments