Covid-19: Masjid al-Aqsa ditutup sementara



MAJLIS ulama di Palestin mengumumkan penutupan sementara pekarangan kompleks dan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis sepanjang Ramadhan.

Penutupan sementara itu yang berkuatkuasa kepada orang awam susulan kebimbangan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada Khamis, majlis itu menyifatkan keputusan itu yang dibuat pada 23 Mac lalu selari fatwa ulama selain langkah keselamatan kesihatan.

Bagaimanapun, azan solat fardu akan terus berkumandang seperti biasa, pekerja di kompleks berkenaan juga dilapor masih dibenarkan bertugas.

Masjid itu biasanya menarik puluhan ribu umat Islam untuk beribadat sepanjang Ramadan dan solat Tarawih.

Susulan penutupan sementara itu, umat Islam Palestin digesa menunaikan solat di rumah masing-masing untuk menjaga keselamatan dan mengelak pendemik yang menular.

Buat masa ini, pihak Berkuasa Palestin mencatatkan dua kematian dan hampir 400 kes di Tebing Barat yang dijajah dan Semenanjung Gaza.

Dalam perkembangan lain, Agensi Wakaf Baitulmaqdis yang menjaga lokasi Islam di kawasan berkenaan menyifatkan pengumuman majlis Ulama itu sebagai sesuatu yang memedihkan.

Post a Comment

0 Comments