Polis tahan 5 lelaki lepak di beranda rumah


PIHAK
berkuasa bertindak menahan lima sekawan yang melepak di beranda hadapan sebuah rumah.

Dalam operasi di Kampung Wa, Dungun Terengganu semalam, kesemua mereka yang berusia antara 27 dan 50 tahun itu  didakwa melanggar Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) .

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah ketika dihubungi berkata, 10 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun menjalankan rondaan PKP di kawasan terbabit.

Ketika dihampiri pihak polis, kesemua mereka yang berada di beranda rumah berkenaan bertindak melarikan diri.

Menurut Baharudin, kesemua mereka cuba melarikan diri sebelum ditahan semula, pihak polis turut menemui peralatan untuk menghisap dadah di rumah itu.

Semakan turut mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke IPD Dungun untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, kelima-lima mereka bakal didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Mereka turut akan didakwa di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan - peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.
 

Post a Comment

0 Comments