KEMENTERIAN Kesihatan mengisytiharkan daerah Kota Kinabalu di Sabah sebagai kawasan merah pendemik koronavirus (Covid-19).
Ia menjadi daerah ke-28 di negara ini yang di diisytihar dibawah zon berkenaan setelah merekodkan sebanyak 42 kes positif Covid-19 sehingga semalam.
Menurut kementerian kesihatan, kawasan yang mempunyai lebih 40 kes Covid-19 dianggap sebagai zon merah. Tiga zon lain ialah zon hijau (kes sifar), kuning (antara satu hingga 20 kes), dan oren (21 hingga 40 kes).
Tiga zon dengan bilangan tertinggi kes Covid-19 adalah Lembah Pantai (592), Hulu Langat (446) dan Petaling (366).
Selangor mempunyai daerah paling banyak dikategorikan dibawah zon merah, ia adalah
Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Hulu Selangor).
Manakala empat kawasan di Kuala Lumpur iaitu Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa juga berada dalam zon mereka bersama dan Johor (Batu Pahat, Johor Baru, Kluang dan Muar).
Negeri-negeri lain ialah Melaka (Jasin dan Melaka Tengah); Negri Sembilan (Rembau dan Seremban); Perak (Hilir Perak dan Kinta); Kelantan (Kota Baru); Pahang (Jerantut dan Kuantan); Sabah (Tawau dan Kota Kinabalu); dan Sarawak (Kuching dan Kota Samarahan).
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Frankie Poon memaklumkan dua daripada 42 pesakit Covid-19 di Kota Kinabali meninggal dunia manakala 18 yang lain telah telah pulih.
Sementara itu, secara keseluruhan Sabah mencatatkan 288 kes Covid-19 dengan 135 pulih dan empat kematian.
Tawau merekodkan 79 kes dengan 21 pesakit pulih dan satu kematian, manakala Lahad Datu menghampiri zon merah dengan mencatatkan 39 kes positif dan 28 pesakit pulih.
0 Comments