Angka korban keseluruhan meningkat 77 orang



SEORANG lelaki berusia 62 tahun menjadi mangsa terbaharu koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini berkata,  setakat tengahari tadi, jumlah keseluruhan yang terkorban akibat wabak itu di negara ini sebanyak 77.

Menurutnya, mangsa terkorban hari ini merupakan pesakit kes ke-2797 dan merupakan kontak rapat kepada kes indeks ke-703.

Mangsa jelasnya mempunyai latar belakang penyakit jantung, darah tinggi dan penyakit buah pinggang dan dirawat di Hospital Melaka sejak 31 Mac 2020.

Mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.15 pagi pada 13 April.

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam sidang medianya memaklumkan  sebanyak 134 kes baru dicatatkan, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan yang direkodkan sebanyak total, 4,817 kes.

Manakala bilangan kes yang pulih dan didiscaj untuk hari ini adalah melebihi bilangan kes baru yang dilaporkan.

Jumlah kes pulih hari ini adalah sebanyak 168, menjadikan jumlah keseluruhan pulih ialah sebanyak 2,276, iaitu 47.3 peratus.

Jumlah kes aktif adalah 2,464 dengan 66 daripada mereka sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 36 kes memerlukan bantuan pernafasan.
 

Post a Comment

0 Comments