Ahli Parlimen berang, bakul makanan masih tak diagihkan


SEORANG
wakil rakyat pembangkang naik angin apabila 700 bungusan makanan yang tersadai di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tan Kok Wai, yang merupakan Ahli Parlimen Cheras kecewa kerana bekalan makanan yang dijanjikan pentadbiran Muhyiddin dibawah program 'bakul makanan' itu masih terbiar dan tidak diserahkan kepada golongan miskin yang tidak berkemampuan.

“Ya Tuhan! Bantuan (makanan) tu masih di sini!” kata  Tan Kok Wai ketika melawat kompleks sukan berkenaan seperti dipetik laporan Malaysiakini.

Isu berkenaan bekalan makanan yang tersimpan dan tidak diserahkan kepada isu rumah yang layak itu telah dibangkitkan untuk perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 4 hari lalu.

Bungkusan makanan itu mengandungi antaranya tepung gandum, minyak masak, gula, mihun, sardin.

Jumaat lalu, Anggota Parlimen Segambut Hannah Yeoh mendakwa bahawa sekurang-kurangnya 54 kawasan Parlimen pembangkang masih belum menerima peruntukan bantuan makanan untuk kawasan masing-masing, dakwaan Hannah itu disokong oleh beberapa kenyataan oleh Ahli Parlimen dari DAP, Amanah dan KEADILAN.

Sementara itu, Tan yang juga Pengerusi DAP Kuala Lumpur berkata, sebelum ini dia menggunakan duit peruntukan sendiri serta sumbangan untuk membeli makanan buat mereka yang memerlukan, tetapi masih tidak mencukupi.

Sedangkan tegasnya  terdapat banyak permohonan bantuan daripada penduduk kawasannya

"Pihak berkuasa belum memberinya lampu hijau untuk mengagihkan bungkusan makanan tersebut," katanya sambil  menunjukkan beberapa e-mel permohonan bantuan yang diterimanya daripada orang awam.

Post a Comment

0 Comments