113 ribu maut, koronavirus jangkiti hampir 2 juta orang


SETAKAT pagi ini, angka korban berkaitan pendemik koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia telah meningkat kepada 113,362 kes.

Johns Hopkins University dalam data terbaharu mereka berkata, terdapat peningkatan lebih 5,000 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Amerika Syarikat (AS) kini menurut data itu menjadi negara paling tinggi angka korban melepasi Itali apabila menjadi satu-satunya negara yang mempunyai angka kematian melebihi 21,000 orang.

New York kini menjadi bandar paling terjejas teruk dengan  jumlah keseluruhan korban di sebanyak 9,385 kes.

Sementara itu, Itali kini berada di kedudukan kedua dengan kematian menghampiri 20,000 orang. Sepanyol menjadi negara ketiga mempunyai jumlah kematian tertinggi iaitu 17,113.

Britain buat pertama kalinya melepasi 10,000 mangsa.

Data dari Johns Hopkins University juga menyatakan, jumlah kumulatif kes positif koronavirus di seluruh dunia kini menghampiri 1.9 juta orang.

Ia mencatatkan pertambahan melebihi 80,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Lima negara mempunyai kes positif COVID-19 melebihi angka 100,000.

AS kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan wabak itu apabila merekodkan 550,016 kes.

Ia diikuti Sepanyol (166,127), Itali (156,363), Perancis ( 133,669) dan Jerman sebanyak 127,459 kes.

Britain pula dilapor mengatasi China untuk berada di kedudukan keenam dengan lebih 85 ribu kes positif.

Manakala China dimana pendemik itu dikatakan bermula hanya mencatatkan pertambahan 120 kes untuk berada di kedudukan ketujuh dengan 83,134 kes.

Post a Comment

0 Comments