Ulamak terkenal Kelantan maut kemalangan


ULAMA
terkenal Kelantan Abdullah Al-Qari Salleh maut akibat kemalangan ketika perjalanan menyampaikan ceramah di di Kubang Kerian pagi semalam.

Mangsa berusia 82 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) setelah terlibat kemalangan kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, Abdullah yang memandu kereta jenis Toyota Corolla berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Viva ketika memandu kereta dari rumahnya di Lorong Kubur Tok Kenali menghala Masjid Taman Al-Qari/

"Apabila sampai di tempat kejadian, Abdullah dipercayai membuat pusingan U dan berlanggar dengan sebuah kereta dari arah Peringat menghala ke Kota Bharu.

"Akibat perlanggaran itu, Abdullah tersepit di dalam kereta dan mengalami patah tulang rusuk kanan manakala pemandu Perodua Viva berusia 38 tahun patah kaki kanan dan cedera bahagian badan," katanya.

Sebagai rekod, Abdullah merupakan pengasas Sekolah Rendah Islam Al Qari Kubang Kerian,
 
“Siasatan sepenuhnya masih dilakukan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Post a Comment

0 Comments